Translate

22 April 2018

16 ahli Umno mohon pembubaran parti dipecat








16 ahli UMNO dipecat, heret hal parti ke mahkamah

Astro Awani | April 21, 2018 15:54 MYT





Tengku Adnan bersama Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail (empat, kiri) melihat pelan lakaran tapak projek pada majlis pecah tanah parkir kereta bertingkat fasa 4B, Presint 8, Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA: Sejumlah 16 ahli UMNO dari lima negeri yang memfailkan semakan kehakiman bagi membubarkan parti keramat Melayu itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam dipecat berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan itu dibuat mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO iaitu mana-mana ahli yang memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah akan hilang keahlian secara automatik.

Menurutnya, pemecatan itu turut dibuat mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan yang tidak membenarkan apa juga perkara parti sama ada hal ehwal pengurusan, kewangan dan yang berkaitan dengan pentadbiran dibawa ke mahkamah.

"Kita tahu ada dalang terlibat dalam perkara ini. Bagaimanapun, kita sudah bersedia untuk apa jua kemungkinan.

"Dalang di sebalik perkara ini adalah orang luar (pembangkang). Mereka tahu mereka lemah dan akan kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sebab itu mereka guna pelbagai cara untuk menidakkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak keluarkan watikah calon.

"Saya ingin memaklumkan tiada masalah bagi Pengerusi BN untuk menandatangani watikah untuk calon," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tempat letak kereta bertingkat, Fasa 4B, Presint 8 di sini pagi ini.

Tambah Tengku Adnan, setiap ahli UMNO perlu tahu mereka tidak boleh membawa masalah hal ehwal parti ke mahkamah.

Kata beliau, pihaknya bertindak mengikut peraturan dan meminta penanggguhan pemilihan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan diberikan kelulusan.

Semalam, 16 ahli UMNO memfailkan semakan kehakiman bagi memohon parti itu dibubarkan atas dakwaan gagal mengadakan pemilihan parti sejak 2013.

Dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan tiga minggu menjelang PRU14, kumpulan itu mendakwa kelulusan RoS untuk UMNO menangguhkan pemilihannya ke tahun depan melanggar Perlembagaan parti itu.

Pada 5 Mac lalu, RoS dalam kenyataan mengesahkan permohonan UMNO menangguhkan pemilihan peringkat majlis tertinggi untuk 2017, diluluskan

RoS memaklumkan, kelulusan itu selaras peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17 yang memperuntukkan penangguhan pemilihan peringkat majlis tertinggi, bahagian dan cawangan, tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan sepatutnya diadakan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED