Translate

30 April 2018

Mengapa gambar Xi Jinping boleh, gambar Mahathir tak boleh?




Poster BN dengan gambar presiden China undang kritikan DAP

Khairil Ashraf | April 30, 2018

FREE MALAYSIA TODAY


Anthony Loke berkata ia melanggar garis panduan ditetapkan SPR, di samping tiada kaitan dengan kempen pilihan raya Malaysia.



Sebuah poster MCA menampilkan pemimpin China yang dikongsi di media sosial, yang menurut DAP melanggar garis panduan ditetapkan SPR.

SEREMBAN: Calon DAP Seremban Anthony Loke mempersoalkan penggunaan gambar Presiden China, Xi Jinping di Jalan Seremban-Tampin dalam poster menampilkan MCA Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, di sebalik panduan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melarang penggunaan gambar selain calon dan pimpinan kanan parti.

“Kita ini nak pilih pemimpin Malaysia, bukan nak memilih pemimpin Republik Rakyat China. Mengapa gambar Xi Jinping boleh, gambar Mahathir tak boleh?” katanya berucap di ceramah Pakatan Harapan di Taman Paroi Jaya semalam, merujuk pengerusi gabungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

SPR baru-baru ini menetapkan parti bertanding hanya boleh menggunakan wajah presiden, timbalan presiden atau setaraf dengannya sebagai gambar pemimpin utama dalam bahan kempen sepanjang pilihan raya.



Garis panduan itu dikritik beberapa pemimpin PH, yang berkata ia bertujuan menghalang penggunaan gambar Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loke berkata masyarakat tempatan Cina juga tidak mahu melihat gambar pemimpin China.

“Ini pilihan raya Malaysia, di China tak ada pilihan raya,” katanya.

Menurutnya, poster menampilkan Dr Mahathir dan Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah beserta dengan gambar calon-calon Parlimen dan negeri di sekitar Ampangan dan Sikamat berdepan tindakan oleh pihak berkuasa.

“Mungkin esok dah tak ada, sebab petang tadi kita dah terima panggilan dari SPR. Ada aduan daripada pihak-pihak tertentu.

“Dia kata Dr Mahathir bukan pengerusi atau presiden PKR, oleh sebab itu gambar Dr Mahathir tak boleh letak. Ini syarat yang diperkenalkan oleh SPR,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED