Translate

27 March 2018

Siti Nordiana Jaga Batas Ketika Bekerja Dengan Suami Orang

Nana Jaga Batas Ketika Bekerja Dengan Suami Orang

..
Berstatus ibu tunggal membuatkan penyanyi dan pelakon popular, Siti Nordiana atau Nana sentiasa beringat dan menjaga batas pergaulan terutama apabila bekerja dengan lelaki sudah berkeluarga.
Memetik laporan Harian Metro, Nana berkata dia pernah melalui pengalaman 'haknya diambil orang' justeru dia sangat memahami bahawa tidak semua wanita sanggup berkongsi kasih dan rela hidup bermadu.
"Sebagai wanita yang pernah melaluinya dulu, ia sesuatu yang menyakitkan. Jadi, saya ambil pendekatan berhati-hati dan tahu menjaga batas diri apabila bekerja dengan lelaki sudah berkeluarga.
"Memandangkan saya menceburi industri seni sebagai karier, memang tidak dapat elak daripada bekerjasama dengan lelaki sudah berkahwin.
"Apatah lagi, sekarang saya semakin aktif berlakon dan itu membuatkan penting untuk menjaga batasan pergaulan. Ditambah, status saya sebagai ibu tunggal," katanya.
Katanya, dia sentiasa berdoa semoga diberi perlindungan dan dijauhkan daripada menyakiti hati wanita lain.
"Untuk saya, apa yang boleh dielakkan itu maka berusahalah mengelakkannya. Jadi, saya sangat berhati-hati dan menjaga batasan diri ketika bekerja.
"Malah, sejak sekian lama menjadi ibu tunggal, saya hingga kini belum terfikir untuk jodoh baru. Saya selesa dengan kehidupan dijalani sekarang.
"Terus-terang, saya memang tak mahu suami orang. Jadi, saya sangat berhati-hati dan menjaga batas pergaulan dalam urusan kerja dilakukan," katanya.
Nana pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Allahyarham Faizal Yusup pada 2006 dan mereka sah bercerai sekitar 2009 selepas dikurniakan anak, Muhammad Rayyan Nakhaie, 11.
Pun begitu, Faizal yang kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama wanita lain dan dikurniakan seorang anak meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat sakit jantung.

http://www.malaysiandigest.com/hiburan/729851-nana-jaga-batas-ketika-bekerja-dengan-suami-orang.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 12 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'KL court official called back to court for trial |' 47 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 52 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka tinggi, daya tarikan meningkat dala' 53 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 54 mins ago
A visitor from San jose viewed 'PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang ' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan ' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Nation celebrates dedicati' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan ' 1 hr 4 mins ago