Translate

25 March 2018

Seramai tujuh individu yang dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group dan Daesh ditahan polis dalam operasi yang dijalankan di sekitar Johor dan Sabah








KUALA LUMPUR - Seramai tujuh individu yang dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group dan Daesh ditahan polis dalam operasi yang dijalankan di sekitar Johor dan Sabah pada 27 Februari hingga 15 Mac lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, enam daripada mereka merupakan lelaki warga tempatan manakala seorang lagi ialah lelaki warga Filipina.


"Lelaki Filipina yang juga anggota kanan kepada Furuji Indima iaitu ketua kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group (ASG) yang bertapak di Basilan, Selatan Filipina ditahan dalam satu siri tangkapan di Sabah pada 15 Mac lalu.

"Suspek telah disenaraikan sebagai individu yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Filipina kerana terlibat dengan kes penculikan untuk wang tebusan dan beberapa siri percubaan membunuh. Difahamkan, dia juga mempunyai hubungan dengan Dr. Mahmud Ahmad iaitu warga tempatan yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di Selatan Filipina.

“Dia juga merupakan pakar peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED) dan merancang untuk melancarkan serangan di Sabah dan menjadikannya sebagai lokasi persembunyian bagi anggota pengganas dari Filipina," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - K! ONLINE

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'A Sessions Court judge and a deputy public prosecu' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada bukti penglibatan bekas pakar patologi dengan ' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Tindakan lanjut sele' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Chandubatla viewed 'Property tycoon Ong Beng Seng allowed to leave Sin' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Property tycoon Ong Beng Seng allowed to leave Sin' 1 hr 39 mins ago