Translate

21 March 2018

Pakatan Harapan (PH) hari ini membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa melakukan penukaran prosedur perkiraan undi dan penamaan ejen





PH marah SPR tukar prosedur tanpa pemberitahuan awal

Mohamad Fadli | March 20, 2018



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penukaran prosedur perkiraan undi dan penamaan ejen tanpa diberitahu lebih awal menyebabkan PH tidak bersedia.




KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) hari ini membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa melakukan penukaran prosedur perkiraan undi dan penamaan ejen tanpa pemberitahuan awal.

Gabungan pembangkang itu berkata penukaran itu hanya diketahui di taklimat pilihan raya SPR yang diadakan di semua negeri baru-baru ini, ketika negara semakin mendekati pilihan raya umum ke-14.

Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad berkata SPR sepatutnya memaklumkan semua pihak berkepentingan lebih awal dan secara bertulis.

“Cara ini membuatkan kita tidak dapat buat persediaan,” katanya di Parlimen hari ini pada sidang media Majlis Presiden PH di Bilik Ketua Pembangkang.

Menurut Datuk Saifuddin Abdullah, penukaran pertama ialah pada serahan senarai nama Ejen Tempat Mengundi (ETM) dan Ejen Mengira Undi (EMU).



“Lazimnya calon-calon parti akan menghantar nama PACA sebelum hari mengundi tetapi kita dengar dalam taklimat itu nama-nama ETM dan EMU dihantar lebih awal iaitu semasa hari penamaan calon,” kata ketua setiausaha sekretariat PH itu.

Penukaran kedua pula ialah pada kiraan kertas undi kerusi Parlimen dan DUN.

“Jika dulu pengiraan undi dibuat ditempat undi dan dibuat satu-satu iaitu dari peti undi Parlimen dan selepas itu DUN.

“Kita dengar dalam taklimat itu pengiraan undi akan dibuat secara serentak iaitu peti undi Parlimen dan DUN dikira serentak,” katanya.

Saifuddin berkata Dr Mahathir akan menulis surat rasmi kepada SPR bagi menyatakan PH. “Memang tidak libatkan undang-undang tetapi melibatkam prosedur pentadbiran,” katanya.

PH belum lulus

Sementara itu, Dr Mahathir memberitahu pemberita Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) masih belum meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan 8 bulan selepas permohonan dihantar pada Julai.

“Kita tidak tahu dapat bertanding sebagai gabungan atau parti individu,” katanya.

Sebelum ini, JPPM berkata kegagalan PPBM mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan masalah berkenaan kesahan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP menyebabkan kelewatan meluluskan permohonan PH.

JPPM sudah mengiktiraf barisan CEC DAP baharu selepas satu pemilihan diadakan dan PPBM juga sudah mengadakan AGM pertama mereka.

Bagaimanapun, media melaporkan JPPM masih sedang menyiasat 400 aduan terhadap PPBM berkaitan pelaksanaan AGM, pendaftaran kehalian tanpa pengetahuan penama, yuran keahlian, kronisme dalam pelantikan ketua bahagian dan kegagalan mengemukakan penyata kewangan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED