Translate

19 March 2018

Pertelingkahan antara bekas peserta realiti televisyen dan jurusolek perkahwinan tular sejak beberapa hari lalu

Jurusolek Dakwa Bekas Peserta Realiti TV Liat Langsai Hutang

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2018 3:53 PM
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/03/17/16/02/dya%20kiera%20watermark.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Dya Zahra (kiri) mendakwa Kiera dan pasangannya (kanan) berhutang bayaran baki selepas tugasannya siap dilaksanakan di Pulau Redang, Terengganu. - Foto dari Facebook dan Instagram
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pertelingkahan antara bekas peserta realiti televisyen dan jurusolek perkahwinan tular sejak beberapa hari lalu apabila masing-masing membuat kenyataan balas di laman sosial mereka.
Kemelut antara kedua pihak terlibat mula tercetus apabila jurusolek perkahwinan tersebut memuat naik status di Facebook pada Rabu mendakwa pelanggannya liat melangsaikan baki bayaran.
Dya Zahra mendakwa dia dibayar sebanyak kira-kira RM700 sahaja berbanding baki bayaran yang dipersetujui pada peringkat awal iaitu lebih RM1,000.
Mengikut kronologi, jurusolek itu diminta untuk membuat solekan bagi empat sesi yang bernilai antara RM500 hingga RM600 setiap sesi.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/03/17/kemelut-mua-kiera/~/media/aa846f473a2741c6bb8f62f8303c7323.ashx?h=447&la=en&w=620
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/03/17/kemelut-mua-kiera/~/media/adba7f1c405842a5bfb3c0084217b273.ashx?h=419&la=en&w=620

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/03/17/kemelut-mua-kiera/~/media/70fbd95cc23f40a2923b6d4ad8f50f6c.ashx?h=387&la=en&w=620
Posting yang dimuat naik oleh Dya Zahra menerusi laman Facebook pada Rabu.
Namun, diminta untuk menambah satu lagi sesi solekan pengantin untuk malam berinai dan dua lagi sesi solekan untuk ibu pengantin perempuan dan lelaki yang bernilai RM200 setiap seorang.
Bayaran keseluruhan yang perlu dibayar oleh pengantin kepadanya adalah sebanyak RM2,700 tidak termasuk kos pengangkutan.
Konflik antara kedua-dua pihak bertambah rumit apabila bekas peserta realiti televisyen tersebut, Noor Syakirah Mohd Azam atau Kiera mendakwa jurusolek terbabit membuat tuntutan tidak munasabah berkenaan caj parkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebanyak RM350 bagi tempoh tiga hari.
Dakwa Kiera, dia dan suaminya, Wan Hasifi Amin sudah menjelaskan semua bayaran solekan dan hanya membayar sebanyak RM150 untuk car parkir memandangkan caj maksimum letak kenderaan di KLIA2 adalah RM46 sehari.
Graduan dari Universiti Oxford, United Kingdom itu turut mengemukakan bukti bergambar menerusi laman Instagram bagi membalas dakwaan yang dibuat Dya Zahra terhadapnya.
"Jurusolek ini cuba menipu kami dengan berkata dia perlu membuat tuntutan caj parkir di KLIA2 sebanyak RM350 untuk tiga hari.
"Tapi, apabila kami ingin membayarnya, kami menyemak bahawa tuntutan itu adalah palsu. Caj parkir di KLIA2 hanya bernilai RM46 sehari, maksimum," tulisnya pada ruang kapsyen.
Pasangan tersebut mendakwa hanya membayar sebanyak RM150 untuk tuntutan tersebut walaupun Dya Zahra gagal menyediakan sebarang resit sebagai bukti.
Kiera dan suaminya turut memuat naik penjelasan menerusi penstriman langsung di Instagram pada Jumaat bahawa mereka akan membuat bayaran penuh seperti yang dituntut oleh jurusolek itu, namun akan mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan hak mereka sebagai seorang pelanggan sekaligus membersihkan nama mereka.
Menurut sumber, pasangan tersebut sudah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/03/17/kemelut-mua-kiera/#KpklpUUQ0ddZVFmC.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED