Translate

19 January 2018

Warga emas cuba bunuh diri, pandu lawan arus di NPE





FMT Reporters | January 19, 2018



Ketika ditahan, lelaki yang mahu membunuh diri itu dalam keadaan nyanyuk dan membuang air besar di dalam kereta.


PETALING JAYA: Seorang warga emas dikatakan cuba membunuh diri dengan memandu kereta secara melawan arus di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) petang semalam, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dipetik sebagai berkata ketika ditahan lelaki itu dalam keadaan nyanyuk dan membuang air besar di dalam kereta.

“Semasa ditahan dan ditanya dia menyatakan mahu membunuh diri.

“Peronda kemudian menghubungi anaknya dan mengarahkan dia dibawa pulang. Tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak,” katanya memetik laporan itu.

Rakaman berdurasi 5.06 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan lelaki berusia 68 tahun itu memandu kenderaan dari arah Pantai Dalam menuju ke Subang.

Dia memasuki NPE di Jalan Petaling, sebelum memusing keretanya dan melawan arus di laluan Subang menuju ke arah Pantai Dalam.

Petugas dan anggota peronda lebuhraya terpaksa mengejar warga emas terbabit dengan bantuan beberapa orang awam yang menunggang motosikal.

Kejadian itu juga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED