Translate

29 January 2018

Showcase Konsert "Kenangan Lalu" bersama Fredo Flybaits di D'Saji Titiwanga, Kuala Lumpur pada Februari 2, 2018 @ 7.30pm











Konsert “Kenangan Lalu Bersama – “Fredo Flybaits”
 di D’Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Februari 2, 2018



Kuala Lumpur, 29 Januari 2018

Fredo Flybaits tidak pernah berhenti membuat pertunjukkan dan tidak ada niat untuk bersara walaupun sekarang sudah berumur 67 tahun. Wajah mudanya tidak menunjukkan sedikitpun usia sebenarnya. Dia masih lagi membuat pertunjukkan korporat dan masih lagi mendapat undangan untuk membuat persembahan di majlis tertutup seperti majlis perkahwinan VIP.

Di Dalam satu sidang media yang diadakan baru baru ini untuk mengumumkan Konsert Kenangan Lalu Bersama Fredo Flybaits Ft The Flinstones yang akan diadakan di D’Saji Titiwangsa Kuala Lumpur pada February 2, 2018 Fredo memberitahu kenapa tiba-tiba dia membuat keputusan untuk mebuat showcase ini.

“Saya membuat emergency Konsert Showcase ini, kerana ingin membantu Isteri saya yang perlu melakukan pembedahan. Saya harap peminat saya boleh datang untuk menyokong saya” kata Fredo.

Penganjur Konsert ini D’Saji Titiwangsa and BEST FB KL Concerts mengesahkan bahawa nama Fredo Flybaits masih relevan lagi dan ramai peminatnya memang menunggu untuk Konsert Fredo kerana rindu menonton persembahannya

Konsert terakhir Fredo diadakan di Singapura pada tahun 2015, dengan kumpulan Flybaits. Nama Fredo dan kumpulan Flybaits memang sukar untuk dipisahkan, kerana, vokal penyanyi ini bersama kumpulan itu seperti sudah serasi, melekat di hati peminat mereka. Masih ramai peminat yang tidak mengetahui dia sudah tidak bersama Flybaits sejak 1984.


Sudah 30 tahun Fredo meneruskan kerjaya solonya. Dia  telah merakamkan beberapa album solo di mana banyak lagu nyanyiannya menjadi popular dan diminati sehingga hari ini. Lagu seperti berjudul Gurisan Terakhir, Rinduku Meneruskan Percintaan, Sayang Mengapakah dan Coretan Wajahmu adalah lagu solo Fredo.
Walaupun begitu Fredo masih menyanyikan lagu-lagu popular Flybaits seperti Kenangan Lalu, Maafkan Kesalahanku dan juga Kasih Berubah
Fredo kini aktif bersama kumpulan baru yang dikenali sebagai The Flinstones sejak lebih 30 tahun lalu.
Ini kerana, dia tidak setakat menyanyikan lagu-lagu malar segar Flybaits dan juga lagu-lagu popularnya semata-mata. tetap juga banyak menyampaikan lagu-lagu popular hari ini.
Di dalam sidang media itu Fredo telah menunjukkan kenapa dia masih dikenali sebagai seorang  penyanyi sensasi yang cukup versatile bila dia mendendangkan beberapa buah lagu.

Untuk Konsert yang akan datang ini Fredo akan mempersembahkan lebih 20 buah lagu di dalam dua bahagian.
Penyanyi Jemputan pada malam itu ialah Zul daripad Electric 5
Harga Ticket untuk persembahan Fredo dan makan malam adalah antara RM100 hingga RM300.00 seorang.
VIP (Meet & Greet) –RM300.00 Seorang
Platinum –RM250.00 Seorang
Gold -  RM200.00 Seorang
Silver - RM150.00 Seorang
Bronze – RM100.00 Seorang

Tiket boleh dibeli di kaunter pertanyaan D’Saji Taman Titiwangsa Kuala Lumpur, melalui whatsapp di talian hotline +60-111-695 0047 atau dilaman web MytTicket.Asia

Pintu akan dibuka pada pukul 7 malam supaya pembeli tiket dapat menikmati buffet yang disediakan sebelum konsert bermula pukul 9 malam.

Untuk  pembeli tiket VIP meet and greet mereka akan dapat meluangkan masa dengan Fredo untuk lebih kurang sejam di bilik khas selepas konsert itu.

Untuk Sebarang Pertanyaan atau Keterangan Lanjut Sila  Hubungi:

FREDO MANAGEMENT
Amir: +60-10- 546 8368  Email: amieruddinomar@gmail.com

BEST FB KL CONCERTS
WhatsApp  atau SMS : +60-111-695 0047 Email:   stevewright05@gmail.comebruari 2, 2018





Fredo Flybaits Konsrts di D'saji Titiwangsa Kuala Lumpur pada Februari 2, 2018




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED