Translate

17 January 2018

Raih Gelaran 'Miss Belgium', Bakal Juruterbang Berdarah Filipina Ini Dikecam







.

Program realiti dan elemen kejutan memang tidak dapat dipisahkan. Sama seperti pertandingan ratu cantik, tahun demi tahun ada sahaja kejutan yang berlaku dalam arena itu sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada pihak di seluruh dunia.

Baru-baru ini, gadis dikenali sebagai Angeline Flor Pua yang bakal mewakili negara Belgium ke peringkat antarabangsa untuk kejuaraan ratu cantik Miss World dan Miss Universe 2018 mendapat kecaman daripada komuniti setempat negaranya kerana berdarah Filipina bukannya gadis berketurunan asli Eropah.

Angeline berketurunan Filipina kerana ibu dan bapanya adalah berdarah Filipina tetapi kemudian menetap di Borgerhout daerah Antwerp, Belgium. Di situlah Angelina dibesarkan bahkan dia juga merupakan seorang graduan juruterbang.

Menurut Angeline, dia berusaha keras selama lapan bulan demi meraih gelaran miss Belgium termasuklah terpaksa bersaing dengan 35 calon lain

"Selama lapan bulan saya bersusah-payah untuk mendapatkan gelaran Miss Belgium. Sebelum menyertai pertandingan ratu cantik ini, kami perlu disaring secara berperingkat menerusi pertandingan ratu cantik daerah.

Saya mewakili daerah Antwerp menyaingi 35 calon yang lain. Dari situ, saya memenangi gelaran Miss Antewerp dan mengumpul undi yang tinggi melalui pemilihan orang ramai", katanya.

Angeline juga menjelaskan betapa susahnya untuk dia mengumpul undi tersebut dan bukannya senang untuk mengambil hati semua orang.

"Anda perlu menjadi ringan mulut untuk beramah dengan orang lain biarpun anda tidak mengenali mereka supaya mereka percaya dengan kredibiliti anda sebagai calon yang layak menang", tambahnya.

.

Bagi gadis berusia 22 ini, biarpun banyak kritikan negatif daripada komuniti Belgium yang diterima dan meskipun ia adalah tidak adil untuknya dicemuh dan dicaci, dia tetap akan terus cuba membanggakan negara yang diwakilinya.

"Saya dilahirkan di Belgium dan saya merupakan warganegara Belgium yang sah biarpun kedua ibu bapa saya berdarah Filipina. Mereka bertemu di Belgium dan berkahwin di sini. Jadi tidak salah andainya saya dipilih sebagai wakil Miss Universe untuk mewakili Belgium ke peringkat antarabangsa”, luah Angeline.

Janji bakal juruterbang ini, meskipun dia harus berdepan dengan wakil dari Filipina nanti, dia tidak akan sekali-kali bersikap kebudak-budakan dan menganggap ia sebagai adat pertandingan.

“Kami pasti akan menyokong satu sama lain,” ujarnya.


http://www.malaysiandigest.com/hiburan/718431-raih-gelaran-miss-belgium-bakal-juruterbang-berdarah-filipina-ini-dikecam.html


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED