Translate

04 October 2017

: Pelakon Eyka Farhana berang apabila namanya dikaitkan selepas penyebaran sebuah video lucah






“Video Lucah Tu Serupa Saya Tapi Orang Lain” - Eyka Farhana



Eyka Farhana kesal penyebaran video lucah miripnya.




PETALING JAYA: Pelakon Eyka Farhana berang apabila namanya dikaitkan selepas penyebaran sebuah video lucah yang dikongsi menerusi laman YouTube sejak Julai lalu.

Eyka, 22, berkata, dia menyedari tentang video tersebut selepas ditanya oleh beberapa rakan yang ingin mendapatkan kesahihan berhubung perkara itu.

"Itu bukan saya... saya belum gila nak buat video macam itu! Saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba ramai kawan yang tanya mengenainya.

"Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain. Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.


Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi diminta mengulas mengenai penyebaran video lucah yang mirip wajahnya.

Video itu telah dimuat naik pada Julai lalu dan kini sudah mendapat lebih 11,000 tontonan.



image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/27/eyka-video-lucah/~/media/ba9d3cde900447569c673532c6e74137.ashx?la=en



Eyka kesal tindakan indvidu tidak bertanggungjawab aibkan dirinya.

Tambahnya, perkara tersbeut betul-betul mengaibkan ketika keluarga dia masih bersedih dengan pemergian kakaknya pada 23 Ogos lalu.

"Saya masih waras daripada terfikir buat perkara tidak bermaruah seperti itu. Lebih menyedihkan ia ditimbulkan ketika saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak," ujarnya.



image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/27/eyka-video-lucah/~/media/f0fa41ca602e43dcb8f2b73969a9a76f.ashx?la=en



Eyka Farhana

Dalam pada itu, Eyka berkata, dia akan membuat laporan polis tentang perkara tersebut dalam masa terdekat.

"Saya ambil berat tetang isu ini kerana ia melibatkan maruah saya dan keluarga. Petang nanti saya dan pihak pengurusan Mind Order akan membuat laporan polis.

"Saya harap individu tersebut keluarkan video itu atau membuang nama saya pada rakaman yang dimuat naik itu," ujarnya.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/27/eyka-video-lucah/#YBdKJKWyaPHQq0IH.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED