Translate

06 April 2017

Hanya menggunakan buah zakar, seorang pakar kung fu China berjaya menarik tujuh buah kereta.Audi.



[Video] Pakar Kung Fu Tarik 7 Buah Audi Hanya Guna Buah Zakar

Foto: AsiaWireFoto: AsiaWire
HANYA menggunakan buah zakar, seorang pakar kung fu China membuktikan bahawa kerja kerasnya selama ini mendalami ilmu mempertahankan diri ‘berbaloi’ selepas dia berjaya menarik tujuh buah kereta.
Ye Wei, 39, berjaya menggerakkan tujuh deretan kereta jenis Audi sejauh lapan meter (26 kaki) menggunakan tali yang diikat pada kemaluannya di Wilayah Shandong di China, pada 30 Mac lalu, lapor Mail Online.
Kejayaan Wei menarik tujuh buah kereta itu sekaligus menyaksikan rekod peribadi yang dilakukan olehnya pada April tahun lalu dengan menarik lima buah kereta berjaya dipecahkan.
Cubaan Wei menarik tujuh kenderaan menggunakan buah zakarnya turut direkod, sebelum dikongsi oleh Pear Video pada 31 Mac lalu.
Berdasarkan video, Wei mengikat tali yang menghubungkan tujuh buah kereta jenis Audi pada buah zakarnya, memberi tumpuan sepenuhnya dengan menyalurkan kekuatan melalui kemaluan sebelum secara perlahan-lahan menggerakkan kenderaan berkenaan, yang dianggarkan berat melebihi 12.6 tan.
Foto: Pear videoFoto: Pear video
Wei mendakwa aksi yang digunakan olehnya itu dipanggil 'Xi Sui Gong Xi' atau teknik Sui, yang mana ia merupakan teknik sama yang diamalkan oleh pengikut Taois untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka.
Wei memberitahu wartawan Pear Video bahawa dia telah mengamalkan kung fu sejak 30 tahun lalu dan kini menjadi pengetua bagi tiga buah sekolah seni mempertahankan diri.
Wei mendakwa turut tahu seni mempertahankan diri tinju Thailand, selain beberapa jenis kemahiran lain seperti Hung Kuen dan Shaolin Kuen.
Seorang doktor dari Jabatan Urologi Hospital Memorial Linkou Chang, Dr Chen Yu dalam satu temu bual bersama Apple Daily Taiwan memberitahu, “Teknik ‘Xi Sui Gong’ boleh mencegah masalah lemah kawalan kencing dan ejakusi pra-matang, selain meningkatkan prestasi ketika melakukan hubungan seks.”
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED