Translate

24 June 2015

Wanita Yang Berpakaian Seksi Dan Mencolok Mata Sepanjang Ramadan Akan Didenda RM2000 - JAIP


SIAKAPKELI.MY

KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengeluarkan amaran kepada wanita Islam di negeri berkenaan supaya tidak berpakaian mencolok mata sepanjang bulan Ramadan termasuk berpakaian terlalu pendek atau ketat.

Memetik laporan Malaysian Digest, bagi mereka yang ingkat dengan arahan tersebut, mereka boleh dihukum penjara setahun atau denda sehingga RM2,000.

Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin berkata, pihak Jaip yang melakukan rondaan di bazar Ramadan mendapati ramai wanita Islam memakai pakaan yang tidak sopan dan tidak sesuai.

“Mereka perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti itu sepanjang bulan mulia ini.

“Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi,” katanya.

Tambah Anis, JAIP tidak meletakkan sebarang ketetapan dalam etika berpakaian secara sopan.

“JAIP tidak bleh menetapkan penanda aras mengenai bagaimana pakaian yang sopan, kerana apa yang baik bagi JAIP, tidak semestinya dianggap begitu oleh orang lain.

"Kita juga tidak boleh memberitahu mereka apa yang mereka perlu pakai tetapi peraturan praktikal adalah untuk berpakaian sopan walaupun anda hanya keluar untuk membeli makanan di bazar Ramadan," katanya.

Bagi mereka yang kali pertama ditahan oleh JAIP akan diberikan sesi kaunseling dahulu, tetapi sekiranya mereka mengulangi kesalahan berkenaan baru boleh dikenakan tindakan denda atau penjara. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Visual iklan cetus reaksi negatif pengguna telah d' Just now
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KPDN calls on public to help report bottled cookin' 6 secs ago
A visitor from Ashburn viewed 'Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terh' 11 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Police investigate viral video of angry woman hitt' 9 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Nora Mohon Cerai Susulan Gangguan Dan Desakan 'Pih' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terh' 40 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua Beradik Maut, Hasrat Ikat Tali Pertunangan Tid' 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 54 mins ago