Rakyat Malaysia Bazirkan 270,000 Tan Makanan Yang Tidak Sentuh Sepanjang Ramadan
Setiap kali Ramadan pasti kita akan menyambutnya dengan berpuasa yang merupakan rukun Islam keempat. Tapi tahukah anda bulan yang sepatutnya kita menambah amalan dan pahala ini sebenarnya belaku begitu banyak pembaziran yang dilarang oleh Islam.
Tahukah ana bahawa dalam tempoh sebulan Ramadan, rakyat Malaysia membuang kira-kira 270,000 tan makanan yang tidak disentuh di mana ia boleh di makan semula.
Memetik laporan mStar Online, perkara ini disahkan oleh Syarikat menyelia sisa pepejal, SWCorp, berkata berdasarkan perkiraan itu, jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang, enam kali ganda melebihi populasi negara ini iaitu 27 juta.
Jika 270,000 tan makanan makanan itu dilonggokkan ia adalah bersamaan dengan ketinggian 30 buah bagunan KLCC yang berketinggian 452 meter itu.
Kenurut Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, secara purata sehari makanan yang masih belum disentuh dibuang pada bulan ramadan ada 9,000 tan sehari di mana ia sepatutnya menjadi satu kebimbngan tentang budaya pembaziran di negara kita ini.
"Sisa makanan adalah komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal, pada 45 peratus, malah kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa-sisa pepejal di negeri-negeri bawah seliaan SWCorp telah mencecah RM1.4 bilion tahun lepas," katanya.
Tambah Ab Rahim lagi bahawa setiap 9,000 tan makanan itu boleh dihidangkan kepada enam juta orang.
Sementara itu, menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan salahs atu punca utama dalam pembaziran makanan pada bulan mulia ini adalah kerana budaya makan di hotel dan buffet kerana bila makan sebegini, makanan akan dimasak dengan banyak.
"Pemilik-pemilik hotel harus tegas dengan mewujudkan mekanisme untuk mendenda pelanggan mereka yang membazirkan makanan. Kalau hotel buat mekanisme macam ini, saya yakin pelanggan akan berfikir dua tiga kali nak membazirkan makanan," katanya. -Siakapkeli.my