Translate

27 June 2015

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dilaporkan telah didera oleh ibu tirinya

Badan Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Penuh Lebam Dan Parut Di Dera Ibu Tiri


Kota Bharu: Seorang kanak-kanak perempuan Nur Zuliana Zaara Bt Mohd Mishabuddin berusia 5 tahun dilaporkan telah mengalami lebam dan penuh parut di badan selepas didera oleh ibu tirinya.

Kejadian disedari oleh ibu mangsa, Sana Abd Malek, 28, yang telah pergi mengambil anaknya itu di rumah bekas suaminya di Rantau Panjang.

"Luluh hati saya melihat kesan parut di belakang badan dan luka di kepala. Doktor maklumkan anak saya turut patah tulang belakang,”

"Sampai hati Yaya diperlakukan seteruk ini," katanya.

Beliau sebelum itu telah dihubungi oleh isteri bekas suaminya bahawa dia dan suami tidak lagi mahu menjaga anak saya bernama zuliana serta mahu menyerahkan hak penjagaan kepadanya kembali kerana sibuk bekerja.

Beliau telah setuju dan berjanji akan mengambil anaknya pada 24/06/2015 kira-kira jam 1 tengah hari bertempat di belakang Pasaraya Pantai Timur Rantau Panjang.

Semasa sampai beliau telah  terlihat keadaan anaknya lemah dan tubuh badan anaknya dipenuhi parut dan mengesyaki telah di dera oleh ibunya dan terus pergi ke balai membuat laporan polis.

Menurut beliau kali terkahir dia bertemu dengan anaknya itu adalah pada ramadan tahun lalu selepas bekas suaminya itu tidak membenarkan dia bertemu mangsa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, mereka telah cuba mendapatkan rawatan di  Golok, Thailand, sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 57 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lapan parti layak guna masa si' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Yenimahalle viewed 'Video of Passenger in Car Speeding at 312 K,/h - V' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 5 hrs 7 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 5 hrs 27 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 6 hrs 6 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 7 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 7 hrs 21 mins ago