Translate

20 June 2015

Bank Negara menyangkal dakwaan Ahmad Maslan yang mengatakan Tun Dr Mahathir antara faktor nilai ringgit susut

Bank Negara Sangkal Dakwaan Ahmad Maslan


Bank Negara Malaysia hari ini menyangkal dakwaan Ahmad Maslan yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohammad antara faktor nilai ringgit susut akhir-akhir ini.

Menerusi satu kenyataan, Bank Negara menegaskan ia neutral dan tidak akan terlibat dalam agenda politik.

"Perkembangan global termasuklah jangkaan pelabur berkaitan polisi kewangan bank utama dan kecenderungan trend harga minyak mentah dan gas.

"Faktor domestik termasuk kebimbangan entiti berkaitan kerajaan dan isu membabitkan rating," kata BNM, dalam satu kenyataan.

Menurut BNM lagi, ketidak tentuan dalam beberapa perkara telah menyebabkan kedudukan kewangan negara jatuh.

"Faktor luaran di luar kawalan mana-mana ekonomi pasaran terbuka, usaha perlu digembleng untuk menyelesaikan isu domestik yang melibatkan ekonomi kita.

"Sebaik sahaja isu ini diselesaikan, prestasi matawang dijangka konsisten dengan prinsip asas ekonomi dan prospek perkembangannya," katanya memetik laporan TMI.

Sebelum ini, Ahmad Maslan menyenaraikan tiga faktor kenapa ringgit Malaysia jatuh dan antara satu faktor yang disebut adalah Tun Dr. Mahathir Mohammad. Menurut Ahmad Maslan, faktor-faktor yang disenaraikan oleh
beliau bersumberkan Bank Negara. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED