Translate

22 May 2015

Yazer & Ekin AF3 Ditegur Peminat kerana Bergambar Atas Katil

Oleh Rotikaya Staff pada 
06 May 2015, 12:05PM
Bukan pertama kali sebenarnya isu suami isteri pamerkan kemesraan di khalayak ramai menjadi bualan para peminat hiburan. Namun, amat jarang sekali suami isteri memaparkan aksi mesra di atas katil untuk tontonan ramai.
Jangan fikirkan kotor sangat, Ekin AF3 dan suaminya Yazer baru baru ini menjadi perhatian ramai selepas sekeping gambar mereka ber’selfie di atas katil dikongsikan di akaun sosial masing masing dan mengundang kritikan peminat.
Peminat Tegur Yazer & Ekin AF3 Bergambar Atas Katil - ROTIKAYA
Menerusi komen di ruangan Instagram dan Facebook, nampaknya Ekin AF3 aktif membalas setiap kritikan yang dilontarkan kepada mereka suami isteri termasuklah menyarankan orang ramai untuk tidak menggunakan Facebook untuk elakkan dosa.
Apa pun pendirian Ekin AF3 mahu pun suaminya atas perkara ini, kami masih merasakan ianya tidak manis untuk mempamerkan gambar sebegitu lebih lebih lagi di atas katil dan tidak berbaju. Lebih berhati hati ya selepas ini. (rtky/m)

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED