Translate

29 May 2015

Warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak terlepas dengan tindakan undang-undang


Bukit Aman, 29 Mei – Warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terlepas dengan tindakan undang-undang khususnya melibatkan jalan raya.
Melalui Cawangan Trafik Bukit Aman dengan kerjasama Cawangan Khas dan Kem Komandan telah menjalankan Op Roda bagi mengesan pemandu kereta dan penunggang motosikal yang gagal mematuhi spesifikasi kenderaan yang ditetapkan di Ibu Pejabat PDRM, semalam.
Operasi yang bermula sekitar jam 4 petang sehingga jam 7 malam itu telah dijalankan dengan di kedua-dua pintu utama bangunan PDRM.
Dengan kekuatan seramai 51 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cawangan tersebut telah memeriksa sebanyak 234 buah motorsikal dan 18 saman telah dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan jalan raya.
Operasi ini dilihat sebagai tanda aras ketelusan PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang bukan sahaja kepada orang awam tetapi tidak terkecuali kepada warga kerjanya sendiri.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 7 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 22 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 41 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago