Pegawai Air Asia Jawab Isu Wanita Mengamuk Tendang Polis Di KLIA2
By fds May 27, 2015 : 1:44 pm
Semalam kecoh di laman sosial mengenai seorang wanita mengamuk selepas ditarik dan dihalang menaiki pesawat.
Kejadian berkenaan juga dilaporkan berlaku di KLIA2 di ruang ‘aero bridge’ yang menunjukkan seorang penumpang wanita meronta-ronta minta dilepaskan oleh kakitangan AirAsia.
Rupa-rupanya polis bantuan tersebut terpaksa menariknya keluar kerana bimbang soal keselamatan wanita itu.
Ramai juga yang bertanya motif tindakan polis berkenaan yang tidak membenarkan wanita itu masuk ke dalam pesawat.
Seorang pegawai Air Asia tampil menjelaskan kapten kapal sudah menutup pintu pesawat dan kerana wanita itu gagal menepati waktu penerbangan yang dijadualkan.
“Polisi syarikat penerbangan sudah mengarahkan para penumpangnya menunggu 40 minit lebih awal di balai pelepasan dan masuk ke pesawat awal 20 minit sebelum berlepas.“Bagi penumpang yang gagal mengikut waktu yang dijadualkan, bagasi mereka akan dikeluarkan dari pesawat dan nama mereka dibatalkan dari senarai penumpang”, katanya.
Bukan mudah untuk membuka semula pintu pesawat dan menerima penumpang yang lewat kerana memerlukan prosedur yang panjang untuk membatalkan penerbangan.
Sebaik sahaja pintu pesawat ditutup, anak-anak kapal sedia untuk berlepas manakala juruterbang tidak boleh diganggu melainkan hal kecemasan melibatkan nyawa dan keselamatan.
Jika pintu pesawat dibuka, ia mengakibatkan kerugian kerana penerbangan perlu ditunda dan menganggu jadual giliran untuk berlepas.
Malah, juruterbang terpaksa menghubungi menara kawalan untuk kebenaran berlepas dimana perlu mengambil masa 30-40 minit bergantung kepada trafik.
Ia turut menjejaskan penerbangan seterusnya yang akan mengalami masalah tertunda dan kelewatan.
4