'Tun Faisal jangan tunjuk hero, kamu tidak setaraf Tun M' - Khairuddin
Wan Syamsul Amly,Astro Awani |Kemas kini:Mei 02, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 02, 2015 07:59 MYT)
KUALA LUMPUR: Bekas anggota Exco Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz dinasihatkan untuk tidak mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta penjelasan terperinci isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, tindakan itu sekali gus menunjukkan sikap menunjuk pandai dan cuba menjadi hero dalam isu yang tidak langsung dijuarai Tun Faisal.
"Dr Mahathir bertanya perdana menteri beberapa isu mengenai 1MDB dan mengapa Tun Faisal cuba menjadi hero yang dia sendiri tidak faham serta mengerti?
"Saya sarankan Tun Faisal duduk diam-diam kerana budak hingusan ini tidak faham langsung persoalan yang sedang kita perkatakan mengenai isu 1MDB.
"Dr Mahathir bukan taraf Tun Faisal jika hendak mendengar penerangan. Saya harap Tun Faisal dapat menganjur satu forum mengenai isu 1MDB dan jemput saya, kita akan berdebat bersama mengenai isu ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tun Faisal di dalam blognya sebelum ini berkata Dr Mahathir gagal menjelaskan isu sebenar mengenai 1MDB.
Ia termasuk hakikat bahawa 1MDB merupakan sebuah syarikat dengan liabiliti terhad dan kerugian syarikat itu tidak ditanggung oleh kerajaan melainkan bon yang dijamin oleh kerajaan.
Tun Faisal mendakwa Dr Mahathir tidak meyampaikan fakta bahawa hanya RM5.8 billion hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan dan baki hutang yang lain dijamin oleh 1MDB, disandarkan kepada aset atau dijamin oleh rakan kongsi, iaitu, International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC), sebuah syarikat pelaburan kerajaan Abu Dhabi.
Dalam pada itu kata Khairuddin, Tun Faisal diharap dapat segera menjemputnya untuk berdebat dan menjelaskan isu supaya lebih ramai yang memahami kedudukan sebenar 1MDB.
"Saya beri satu soalan bocor dahulu, sila jawab ke mana perginya dana 1MDB kini?
"Sebelum ini saya pernah memberi 13 soalan kepada pihak berkenaan di dalam laporan polis dan sehingga kini ia tinggal tidak berjawab, saya harap Tun Faisal dapat belajar bersungguh-sungguh sebelum hari debat ditetapkan.
"Hakikatnya selama ini 1MDB tidak pernah menjawab secara konkrit tapi mereka mengelirukan rakyat dengan jawapan yang terlalu asas," katanya.
Khairuddin sebelum ini menyifatkan Dr Mahathir seorang tokoh yang amat payah untuk diperalat sesiapa atau dipengaruhi untuk kepentingan mana-mana individu atau parti politik.
Tegasnya, pengalaman politik Dr Mahathir yang amat luas sekali gus menjadikan tokoh itu dapat melihat perspektif dan masa depan UMNO secara meluas tanpa bantuan atau pengaruh sesiapa.

Tun Faisal |

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-faisal-jangan-tunjuk-hero-kamu-tidak-setaraf-tun-m-khairuddin-59068?cp
BESTFBKL - We Agree with Dato Seri Khairuddin!!!