Translate

13 May 2015

Seorang lelaki warga Jerman dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas pertuduhan melakukan gangguan ketika berada di dalam pesawat MAS

Warga Jerman ganggu kru MAS, dipenjara sebulan 

SEPANG: Seorang lelaki warga Jerman dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan gangguan ketika berada di dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH179 di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

 Tertuduh, Dietmar Ross, 54, membuat pengakuan itu selepas memahami pertuduhan dibacakan jurubahasa di dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Aizatul Akmar Maharani. Mengikut pertuduhan, ahli perniagaan itu didakwa dengan cuai membahayakan anggota kru penerbangan udara, Phuah Soh Kin, 48, dengan meninggikan suara dan tidak mengikut peraturan dalam pesawat serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya dalam kejadian pada jam 11.45 malam 9 Mei lalu ketika dalam pesawat MH179 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Colombo, Sri Lanka. 

Dietmar didakwa mengikut Peraturan 70(1) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 1969, yang boleh dihukum di bawah Peraturan 188(7) peraturan yang sama. Peraturan itu memperuntukkan hukuman penjara dua tahun dan denda sehingga RM50,000. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Uma Devi Balasubramaniam, manakala tertuduh diwakili peguam Zaflee Pakwanteh. Hakim menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditahan. WARGA Jerman, Dietmar Ross di jatuhi hukuman penjara sebulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan gangguan ketika berada di dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH179 di Mahkamah Sesyen Sepang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED