SIARAN MEDIA : STATUS SIASATAN INSIDEN KEMALANGAN MAUT DI LEBUHRAYA DUKE
Polis Diraja Malaysia memberi jaminan bahawa siasatan berkaitan insiden maut yang telah meragut tiga nyawa di Lebuh Raya Duke awal pagi Sabtu lalu akan dijalankan secara telus tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kemalangan ini.