Translate

20 May 2015

Isteri Pertama Noor Dayana Nafi Merasa Kecil Hati Dengan Kehamilan Isteri Kedua Ashraf Muslim Wan Sakinah

Selepas tersebarnya khabar bahawa isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah yang kini sedang hamil anak kedua mereka pelbagai komen yang boleh kita lihat dilaman sosial dan terdapat juga kenyataan bahawa isteri pertama beliau, Noor Dayana terasa hati dengan kehamilan tersebut.
Walaubagaimanapun, jelas Dayana beliau sama sekali tidak berperasaan begitu dan sebaliknya merasa gembira kerana Sarah iaitu anak pertama Wan Sakinah bersama Ashraf bakal mendapat adik baru tidak lama lagi.
Malah, Dayana sudah pun menganggap bayi yag bakal lahir itu nanti sebagai anaknya juga.
Mungkin ada lagi sesetengah masyarakat kita yang dihimpit dengan mentaliti bahawa hidup bermadu itu tidak boleh bahagia maka spekulasi seperti ini selalu timbul.  Kami harap Ashraf Muslim sekeluarga akan terus berbahagai sehingga akhirnya dan tahniah sekali lagi kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED