DICEKUP KETIKA TAMPAL IKLAN AH LONG
Dua remaja ditahan polis ketika leka menampal iklan syarikat pinjaman wang tidak berlesen di sekitar Subang Jaya, semalam.
Kedua-dua mereka yang memperoleh pendapatan sebanyak RM50 sehari dengan melakukan aktiviti itu berjaya diberkas hasil aduan orang ramai yang rimas dengan kewujudan ribuan iklan ah long di premis perniagaan dan harta awam.
Sumber polis berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota ditugaskan membuat rondaan di kawasan itu telah mencari kelibat kedua-dua suspek tersebut dan segera memberkas mereka.
Sumber: Sinar Harian