Translate

14 December 2013

Kes Skandal Adi Putra - Suami Nooraida Tidak Puas Dengan Siasatan Yang Dibuat Polis

Kes Skandal Adi Putra : Suami Nooraida Dakwa Siasatan Tak Telus

Amiruddin  Othman dan isterinya Nooraida Abdul Mutalib. Kredit foto Faisol Mustafa.Amiruddin Othman dan isterinya Nooraida Abdul Mutalib. Kredit foto Faisol Mustafa.
Suami kepada wanita yang dikaitkan dengan kes skandal Adi Putra iaitu Amiruddin Othman, 56, tampil memberi kenyataan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan hasil keputusan siasatan terhadap kes berkenaan, diklasifikasikan sebagai no furthe action (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya terhadap Adi Putra.
Menurut Amiruddin, beliau telah membuat laporan polis terhadap pengawai penyiasat yang telah mengendalikan kes tersebut pada pagi Jumaat.
"Saya dan isteri saya, Nooraida, telah membuat laporan polis di Bukit Aman pada pagi Jumaat (semalam) terhadap pengawai penyiasat yang mengendalikan kes itu.
"Saya tidak berpuas hati kerana saya rasa penyiasatan yang dilakukan tidak telus dan tidak profesional", katanya pada satu sidang media khas bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, petang semalam.
..
Ahli perniagaan itu juga menyatakan ketidakpuashatian beliau dengan memberi empat sebab iaitu,
Pertama : Pegawai penyiasat berkenaan telah memohon saya supaya menarik balik laporan pada 29 Ogos lalu, di Balai Polis Taman Universiti, Skudai, Johor
Kedua : Saya menerima gambar pegawai penyiasat tersebut yang telah bergambar dengan Adi Putra dalam keadaan mesra ketika suspek hadir memberi keterangan. Pengawai penyiasat itu sendiri yang menghantar gambar berkenaan kepada temannya dan ia telah tersebar. Saya mendapat gambar tersebut daripada teman rapat saya.
..
Ketiga : Pada 25 September 2013, ketika saya dan isteri membuat rakaman percakapan tambahan, saya bertanya kepada pegawai penyiasat tersebut, Bagaimanakah pihak media dan blogger mendapat gambar dan maklumat isteri saya kerana semasa saya membuat laporan, saya tidak menyatakan maklumat isteri saya seperti akaun instagram dan Twitternya? Pegawai tersebut menjawab, maklumat tersebut telah disebarkan oleh orang dalam.
Keempat : Pengawai penyiasat beritahu saya yang Adi Putra juga membuat rakaman percakapan tambahan seperti saya. Pengawai itu juga memberitahu yang dia sendiri pergi berjumpa Adi di sebuah acara kira-kira 15KM dari Balai Polis atas Adi tidak mempunyai kenderaan. Saya nampak macam ada double standard di situ kerana saya dan isteri diminta hadir ke balai. Sekiranya kami tidak hadir, waran tangkap akan dikeluarkan.
Pada masa sama, peguam yang dilantik oleh pasangan ini, Muhammad Hasif Hasan berkata, pihaknya akan membuat permohonan kepada pendakwa raya untuk melihat semula bukti dan melihat semula seksyen yang lebih relevan.
"Pihak kami akan menghantar surat ke Pp pendakwa raya supaya boleh melihat kembali hasil siasatan oleh pegawai dan meneliti seksyen lain yang berkemungkinan lebih relevan kepada kesalahan dalam kes ini. Selain itu, melantik pegawai baru atau pegawai yang akan mebuat seliaan kepada pengawai penyiasat sedia ada",katanya.
Dalam pada itu, tatkala diberitahu mengenai kenyataan Adi Putra baru-baru ini yang dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya namanya masih lagi dikaitkan dengan kes tersebut, ini jawab Amirruddin, "You're welcome".


Malaysian Digest






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED