Adira Jawab Dakwaan Guna Pengaruh Kekasih
Memetik kenyataan di mStar online, Adira, 23, yang kini mempunyai produk kecantikan jenama sendiri iaitu Adira Beauty Signature berkata, dia tidak pernah menggunakan kesempatan itu tetapi mengakui mempelajari selok-belok perniagaan daripada pemuda itu.
"Kenapa perlu saya menggunakan kesempatan terhadap dia? Setakat ini saya hanya belajar daripadanya tentang cara-cara berniaga.
Saya juga turut belajar ilmu perniagaan menerusi teman-teman yang biasa di bidang ini," katanya.
sumber: mStar online
