Translate

23 November 2013

Tasha Shila Berkawan Rapat Dengan Peninju Muay Thai?

Tasha Shila Intim Dengan Peninju Muay Thai?

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Dalam pada tersebarnya gosip mengenai dirinya didakwa bercinta dengan pemain bola sepak Mahali Jasuli, alih-alih timbul pula cerita terbaru, Tasha Shila kini sedang berkawan rapat dengan peninju Muay Thai. Amboi... Tasha.
Memetik kenyataan di sebuah portal hiburan, pelakon yang kini popular menerusi drama TV3, Terukir Di Bintang ini ada terlepas kata memberi gambaran dia sedang berkawan dengan seseorang. Ditanya adakah kawan yang dimaksudkan itu seorang peninju Muay Thai, Tasha tidak menafikannya.
“Tasha kenal dengan ramai kawan yang aktif dalam sukan Muay Thai, yang mana salah seorangnya ada dikaitkan dengan Tasha,” seloroh Tasha.
Biarpun pada mulanya agak keberatan untuk bercerita, namun Tasha bersikap terbuka dan sudi berkongsi mengenai kenalan barunya itu.
“Kami baru saja kenal dan masih terlalu awal untuk bercerita dengan lebih serius. Tasha anggap dia sebagai kawan biasa. Kami kenal atas kawan di mana kawan Tasha adalah kawan dia. Bagi Tasha, setiap persahabatan mesti terlebih dulu mengenali hati budi sahabat kita, tidak kira lelaki ataupun perempuan,” jelas Tasha yang baru-baru ini turut dipalit dengan kontroversi kononnya bercuti berduaan dengan pelakon Shah Iskandar di Kemboja.
“Biasalah, daripada gambar orang boleh cakap macam-macam, namun sebaliknya kami pergi beramai-ramai. Tasha dan Shah hanya berkawan dan pemergian kami ke sana adalah semata-mata atas dasar kerja. Tasha terlibat dengan penggambaran telemovie ‘Lara dan Hadi’ dan memang pada mulanya kami pergi berdua dengan kru yang lain. Tapi keesokannya pelakon lain termasuk Zul Ariffin datang menyusul.”
Pemergian Tasha ke Kemboja selama seminggu bagi penggambaran telemovie arahan Shirin Khuzaimi ini juga mendapat komen negatif apabila pelakon ‘Bunga April’ ini dihentam kerana mengambil foto berpelukan dengan Zul.
“Biasalah, macam Tasha cakap tadi daripada gambar orang boleh cakap apa saja sebelum tahu perkara sebaliknya. Tasha hanya sekadar berkongsi dengan peminat saja. Mereka di luar sana nak cakap apa, cakap sajalah sebab Tasha tak ambil peduli,” ujar Tasha.



Gua.com,my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 5 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 5 hrs 48 mins ago