Translate

20 November 2013

Malaysian Police Inspector Sazali Samad Is Mr Universe 2013 (Lightweight 70Kg) for 9th time.





Sazali adalah salah seorang daripada 3 wakil negara yang cemerlang dengan berjaya merangkul pingat emas  dalam kategori masing-masing pada Kejohanan Bina Badan Dunia yang berlangsung di Budaors, Hungary, Jumaat lalu.

Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.

Sepang, 19 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia melalui kejayaan ke-9 Sub Inspektor Sazali bin Abd Samad dalam Kejohanan Bina Badan Dunia ‘5th WBPF World Championship’ di Budaors, Hungary bermula 13 November lalu.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor bersama lima orang atlet bina badan lain selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Thai Airways TG 417. Meskipun masih dalam keadaan keletihan namun mereka merasa amat gembira dengan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh Pegawai serta anggota polis malam tadi.

Ketibaan mereka disambut oleh Dato’ Abdul Ghafar bin Rajab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran) Bukit Aman. Turut serta adalah Pegawai Kanan Polis mewakili setiap jabatan Bukit Aman, Pegawai Polis, Anggota Polis dan ahli-ahli keluarga.

Seramai 250 atlet bina badan yang terdiri daripada 30 buah negara telah terlibat di dalam kejohanan itu. Malaysia telah diwakili 5 atlet termasuk S/Insp Sazali bin Abd Samad, Koperal Azahar bin Mohamed, SP Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Buda anak Anchah dan Mohamad Roszaimi Abdul Rani.

Bagi S/Insp Sazali bin Abd Samad, ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan setelah 9 kali berturut-turut merangkul mahkota Mr. Universe (Lightweight 70 KG) selepas Mr. Universe (Bangkok 2012) pada tahun lepas. Turut terpilih adalah Koperal Azahar bin Mohamed dan SP Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah ( ketiga Body Classic).






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from George town viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 49 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Brvenica viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 4 hrs 12 mins ago