Translate

01 April 2025

Peniaga maut, 14 cedera dalam nahas jalan raya di Kluang



Peniaga maut, 14 cedera dalam nahas jalan raya di Kluang

Bernama

01/04/2025


Nahas melibatkan Honda Stream dan Honda City di Jalan Renggam-Layang-Layang. -Sinar Harian


KLUANG: Seorang peniaga maut manakala 14 yang lain cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan di KM 25, Jalan Renggam-Layang-Layang di sini malam tadi.

Seorang peniaga maut dan 14 cedera dalam kemalangan melibatkan Honda Stream dan Honda City di Jalan Renggam-Layang-Layang.

MPV hilang kawalan dan bertembung dengan Honda City, menyebabkan pemandu Honda City meninggal dunia di hospital.

Operasi menyelamat melibatkan 10 anggota bomba, dengan pemandu MPV tersepit dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kemalangan kira-kira 8 malam itu melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream dan kereta Honda City.

Beliau berkata MPV terbabit dipandu oleh seorang wanita berusia 35 tahun dengan membawa lapan penumpang berusia lingkungan tiga hingga 21 tahun.

"Honda City pula dipandu oleh Muhammad Amiruddin Kamalruzaman, 29, dengan lima penumpang berusia antara setahun hingga 60 tahun.

"Siasatan polis mendapati Honda Stream dari arah Renggam menghala ke Layang-Layang sementara Honda City dari arah bertentangan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MPV berkenaan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan kereta terbabit, menyebabkan Muhammad Amirudin cedera parah dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Pemandu MPV mengalami kecederaan parah di muka dan badan kini sedang dirawat di hospital sama.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, PBK I Abdul Rahim Razali berkata nahas berkenaan menyebabkan pemandu MPV tersepit dan dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas

"Mangsa lain dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi. Seramai 10 anggota dari BBP Renggam dan BBP Layang-Layang terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan," katanya

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 36 secs ago
A visitor from Singapore viewed 'Awesome Hari Raya Dine-In Set Menu from RM50.00 at' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar Ibrahim's Statement on the United States ' 10 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Presiden Indonesia Prabowo ke Kuala Lumpur, bertem' 29 mins ago
A visitor from New york viewed 'Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengu' 29 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pandelela misses out on final at Diving World Cup ' 30 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengu' 30 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Presiden Indonesia Prabowo ke Kuala Lumpur, bertem' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 52 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 1 min ago