Translate

04 April 2025

Indonesia berunding dengan AS dan ASEAN berhubung tarif baharu



Indonesia berunding dengan AS dan ASEAN berhubung tarif baharu

Bernama

03/04/2025


Prabowo mengarahkan Kabinetnya untuk memberi tumpuan kepada langkah strategik, reformasi struktur, serta dasar penyederhanaan peraturan dan pengurangan halangan perdagangan, terutamanya sekatan bukan tarif. - Reuters


JAKARTA: Kerajaan Indonesia komited meneruskan perbincangan dengan pegawai Amerika Syarikat, Pengerusi ASEAN serta pemegang taruh domestik utama dalam usaha menangani cabaran ekonomi ekoran tarif baharu yang diumumkan oleh AS.

Pada 2 April, Presiden Donald Trump mengumumkan tarif 32 peratus ke atas barangan Indonesia, sebagai tambahan kepada cukai 10 peratus yang telah dikenakan ke atas semua negara.

Tarif baharu yang akan dikuat kuasa pada 9 April dijangka memberi kesan kepada sektor eksport utama seperti elektronik, tekstil, kasut, minyak sawit, getah, perabot dan makanan laut.

Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa Jakarta terus berkomunikasi rapat dengan Washington dan akan menghantar delegasi peringkat tinggi ke ibu negara AS bagi rundingan secara langsung.

"Sebagai sebahagian daripada perbincangan ini, Indonesia sedang menyediakan pelbagai langkah untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh kerajaan AS, termasuk yang dinyatakan dalam laporan Anggaran Perdagangan Nasional 2025 yang diterbitkan oleh Wakil Perdagangan AS," menurut kenyataan kementerian itu.

Presiden Prabowo Subianto mengarahkan Kabinetnya untuk memberi tumpuan kepada langkah strategik, reformasi struktur, serta dasar penyederhanaan peraturan dan pengurangan halangan perdagangan, terutamanya sekatan bukan tarif.

"Usaha ini selaras dengan matlamat yang lebih luas untuk memperkukuh daya saing Indonesia, mengekalkan keyakinan pasaran dan menarik pelaburan, di samping memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan," menurut kenyataan itu.

Jakarta turut berunding dengan Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN bagi menyelaras tindak balas serantau memandangkan kesemua 10 negara anggota ASEAN akan terkesan dengan tarif baharu itu.

Kerajaan Indonesia menjelaskan bahawa pihaknya akan menilai kesan tarif terhadap industri utama dengan segera serta mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan sebarang kesan negatif terhadap ekonomi negara.

Pegawai juga sedang berusaha memastikan kestabilan hasil bon kerajaan di tengah ketidaktentuan pasaran global susulan pengumuman tarif AS.

Sejak awal tahun ini, kerajaan Indonesia merangka strategi bagi menangani pelaksanaan tarif AS, dengan pasukan rentas kementerian bekerjasama rapat dengan wakil Indonesia di AS serta pemimpin perniagaan domestik dalam persiapan menghadapi perubahan dasar.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 26 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 31 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 35 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 36 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 41 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BEST FBKL' 41 mins ago
A visitor from Frankfurt am main viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 59 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Rumah runtuh awal pagi, 6 sekeluarga nyaris maut |' 1 hr 27 mins ago