Translate

04 April 2025

Gempa Myanmar: MAS-01 keluarkan lapan mangsa setakat hari kelima SAR



Gempa Myanmar: MAS-01 keluarkan lapan mangsa setakat hari kelima SAR

Bernama

03/04/2025


NADMA memaklumkan lokasi tumpuan pasukan itu hari ini adalah runtuhan sekolah yang dipercayai masih terdapat mangsa terperangkap. - Gambar fail/Facebook Ahmad Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) setakat ini berjaya mengeluarkan seramai lapan mangsa gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar, memasuki hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR) di negara itu.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan memaklumkan lokasi tumpuan pasukan itu hari ini adalah runtuhan sekolah yang dipercayai masih terdapat mangsa terperangkap.

"Penetapan tapak kerja untuk MAS-01 ditentukan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Tempatan (LEMA) berdasarkan kompleksiti runtuhan yang memerlukan peralatan canggih dibawa MAS-01," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan, mangsa yang dikeluarkan terdiri daripada masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita serta seorang kanak-kanak yang ditemukan telah meninggal dunia, manakala seorang lelaki dewasa ditemukan hidup.

NADMA berkata kesemua 50 pegawai dan anggota yang bertugas pada misi itu setakat ini berada dalam keadaan baik namun ada antara mereka mengalami simptom cuaca panas yang minimum, seperti suara serak.

"Kerja-kerja mencari dan menyelamat dilaksanakan secara bersama dengan pasukan penyelamat tempatan. Penerapan kesedaran budaya yang tinggi dengan menghormati budaya tempatan oleh Pasukan MAS-01 mengelakkan konflik tugasan antara pasukan dalam dan luar negara," menurut kenyataan itu.

Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Myanmar dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing dan Naypyidaw antara kawasan yang paling teruk terjejas, selain turut menjejaskan negara jiran Thailand.

Kesemua pegawai dan anggota SMART selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Naypyidaw menaiki dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia, Ahad lepas sebelum pasukan itu bergerak sejauh 270 kilometer melalui jalan darat ke daerah Sagaing untuk memulakan SAR.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Sambutan hari TVET negara pada 11 hingga 13 Jun di' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sindiket edar dadah tiga negara guna kurier tumpas' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BNM mungkin pertimbang penurunan OPR sebagai langk' 23 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 29 mins ago
A visitor from California viewed 'Jadikan ibadah umrah alat kaut keuntungan perbuata' 31 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemilik syarikat didenda RM15,000 sembunyi lebih 2' 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 44 mins ago