Translate

04 April 2025

Op Tunggak: RM2.5 juta saman dibayar sejak September 2024 - JPJ



Op Tunggak: RM2.5 juta saman dibayar sejak September 2024 - JPJ

Bernama

04/04/2025


Muhammad Kifli berkata kebanyakan saman dibayar di Perlis, diikuti Kedah, Kelantan dan Perak iaitu negeri yang bersempadan dengan Thailand. - Foto fail/BERNAMA


KOTA BHARU: Sebanyak RM2.5 juta saman telah dibayar oleh pemandu warga asing terutama dari Thailand menerusi Op Tunggak kenderaan asing sejak September tahun lepas.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muhammad Kifli Ma Hassan berkata kebanyakan saman dibayar di Perlis, diikuti Kedah, Kelantan dan Perak iaitu negeri yang bersempadan dengan Thailand.

"Kebanyakan saman membabitkan pemandu van yang membawa pulang pekerja dari Thailand di Malaysia terutama kawasan Lembah Klang.

"Saman tertinggi dibayar adalah melibatkan seorang pemandu van warga Thailand baru-baru ini yang mempunyai saman tertunggak RM65,000. Sebaik menjelaskan saman kita telah melepaskan van berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2025 di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini semalam.

Sementara itu, Muhammad Kifli berkata JPJ juga telah mengutip RM35 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 setakat ini.

"Sehingga kini masih ada lebih kurang dua juta saman yang belum diselesaikan dan JPJ menyeru orang ramai agar segera membayar sebelum 30 Jun depan.

"Kompaun khas ini melibatkan tiga kesalahan iaitu tiga jenis notis saman JPJ iaitu Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115)," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nurul Izzah harap proses Pemilihan PKR teratur, te' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perlis umum 17 April cuti pe' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Yusoff Rawther gagal buka pintu kereta semasa serb' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Shah alam viewed 'Federal govt channels RM14.7 mln to Selangor for d' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '4 Individu Bergelar Datuk Antara 8 Ditahan, Aset R' 2 hrs 13 mins ago