Translate

04 April 2025

26 tahun PKR: Kerajaan Madani terus usaha bawa islah, perbaiki keadaan - Fahmi



26 tahun PKR: Kerajaan Madani terus usaha bawa islah, perbaiki keadaan - Fahmi

Bernama

04/04/2025


Sempena ulang tahun ke-26 PKR hari ini, Fahmi mengucapkan tahniah kepada semua anggota, pimpinan serta penyokong parti dari seluruh negara. - Foto FB Fahmi Fadzil


KUALA LUMPUR: PKR bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan, dan Kerajaan Madani akan terus berusaha membawa islah serta memperbaiki keadaan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR berharap agar parti itu dan Kerajaan Madani kekal utuh dan teguh dalam membina masa depan yang lebih baik untuk bangsa dan negara.

Sempena ulang tahun ke-26 PKR hari ini, Fahmi mengucapkan tahniah kepada semua anggota, pimpinan serta penyokong parti dari seluruh negara atas kesabaran, ketabahan, idealisme yang tidak luntur, dan kesetiaan dalam perjuangan.

"Hari bersejarah ini menyaksikan 26 tahun lahirnya sebuah parti PKR yang membawa obor reformasi, mengangkat martabat rakyat, dan membina sebuah negara yang lebih baik dan adil untuk semua.

"Dari jalan raya, melalui pilihan raya, hinggalah ke Putrajaya, PKR bersama rakan-rakan seperjuangan di dalam Pakatan Harapan dan kini Kerajaan Madani, akan terus berusaha membawa islah dan memperbaiki keadaan," katanya menerusi catatan di Facebook.


-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED