Translate

03 April 2025

Eksploitasi kerja di Myanmar: Tukang masak dan penganggur mengaku tidak bersalah



Eksploitasi kerja di Myanmar: Tukang masak dan penganggur mengaku tidak bersalah

Bernama

03/04/2025


Seorang tukang masak dan seorang penganggur didakwa memperdagangkan seoraang lelaki serta wanita bagi tujuan eksploitasi kerja di Myanmar. - Foto Bernama


BATU PAHAT: Seorang tukang masak dan seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang lelaki serta wanita bagi tujuan eksploitasi kerja di Myanmar.

Wong Jun Wei, 26, dan Jasper Yap En Wai, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Tan Kai Lun, 26, dan Wong Chee Fun, 34, bagi tujuan eksploitasi kerja di Yatai, Shwekokko, Myanmar antara 15 Dis 2024 hingga 14 Feb lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom 2007) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Othman Affan Ismail memaklumkan mahkamah bahawa tiada sebarang jaminan ditawarkan bagi kedua-dua tertuduh kerana mengambil kira tahap keseriusan kes.

Wong dan Yap diwakili peguam Tan Song Yan.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 4 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 4 hrs 18 mins ago
A visitor from Bandung viewed 'Berikutan video samun dalam lif yang viral, polis ' 4 hrs 23 mins ago