Translate

03 April 2025

Kebakaran paip gas Putra Heights: Carro setuju sumbang 30 kereta untuk kegunaan mangsa



Kebakaran paip gas Putra Heights: Carro setuju sumbang 30 kereta untuk kegunaan mangsa

Bernama

03/04/2025


Anthony ketika meninjau situasi terkini berkenaan kejadian kebakaran saluran paip gas bocor di Putra Heights. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Syarikat penjualan kereta Carro bersetuju menyumbang sebanyak 30 kenderaan untuk kegunaan sementara mangsa yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihaknya juga sedang mengusahakan perbincangan bersama pihak berkaitan untuk menaja pemberian motosikal secara percuma kepada lebih 70 mangsa yang terlibat.

"Jadi pejabat Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han sedang membuat pendaftaran jadi mana-mana mangsa yang memerlukan kenderaan boleh mendaftar dengan mereka.

"Kita akan lihat berapa jumlah keperluan dan kita juga sedang menghubungi syarikat-syarikat lain supaya mendapat lebih banyak kenderaan yang boleh digunakan oleh mangsa untuk sementara waktu," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pemindahan sementara di Masjid Putra Heights.

Semalam, Ng mengumumkan bahawa syarikat automotif Chery Malaysia akan menyediakan 50 kereta untuk kegunaan mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights selama sebulan.

Loke berkata pihaknya juga telah dihubungi oleh pengasas Berjaya Group Bhd Tan Sri Vincent Tan yang bersetuju menderma sebanyak RM3,000 kepada setiap keluarga mangsa insiden berkenaan.

"Ini adalah antara sumbangan yang sedang diusahakan dan sudah tentu di peringkat Kementerian Pengangkutan, kita akan terus menghubungi syarikat-syarikat swasta untuk cuba membantu dalam bentuk bantuan derma secara tunai, barangan ataupun daripada segi pengangkutan.

"Jadi setakat ini, kita mendapat banyak sokongan daripada pihak swasta dan saya harap lebih banyak yang akan tampil untuk menyampaikan sumbangan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed '46 masih dirawat, seo' 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana ' 13 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 24 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar Ibrahim's Statement on the United States ' 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'All Square at Manchester Derby as Tottenham beats ' 28 mins ago