Translate

03 April 2025

Eksploitasi kerja di Myanmar: Tukang masak dan penganggur mengaku tidak bersalah



Eksploitasi kerja di Myanmar: Tukang masak dan penganggur mengaku tidak bersalah

Bernama

03/04/2025


Seorang tukang masak dan seorang penganggur didakwa memperdagangkan seoraang lelaki serta wanita bagi tujuan eksploitasi kerja di Myanmar. - Foto Bernama


BATU PAHAT: Seorang tukang masak dan seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang lelaki serta wanita bagi tujuan eksploitasi kerja di Myanmar.

Wong Jun Wei, 26, dan Jasper Yap En Wai, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Tan Kai Lun, 26, dan Wong Chee Fun, 34, bagi tujuan eksploitasi kerja di Yatai, Shwekokko, Myanmar antara 15 Dis 2024 hingga 14 Feb lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom 2007) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Othman Affan Ismail memaklumkan mahkamah bahawa tiada sebarang jaminan ditawarkan bagi kedua-dua tertuduh kerana mengambil kira tahap keseriusan kes.

Wong dan Yap diwakili peguam Tan Song Yan.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 11 secs ago
A visitor from Singapore viewed 'Awesome Hari Raya Dine-In Set Menu from RM50.00 at' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar Ibrahim's Statement on the United States ' 10 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Presiden Indonesia Prabowo ke Kuala Lumpur, bertem' 29 mins ago
A visitor from New york viewed 'Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengu' 29 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pandelela misses out on final at Diving World Cup ' 29 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengu' 29 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Presiden Indonesia Prabowo ke Kuala Lumpur, bertem' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 51 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 1 min ago