Translate

21 March 2025

Suami isteri antara empat ditahan disyaki edar dadah



Suami isteri antara empat ditahan disyaki edar dadah

Bernama

21/03/2025


Yahaya (tengah) bercakap pada sidang media berhubung kejayaan Polis Pahang merampas dadah jenis syabu dan ganja lebih 13 kilogram bernilai RM421,286 di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub harı ini. - Gambar Bernama


RAUB: Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan penahanan empat individu termasuk pasangan suami isteri di tempat letak kereta di Jalan Pasar, di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 37 hingga 59 tahun itu diberkas kira-kira 3.30 petang ketika berada di dalam dua kereta.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam kereta jenis Toyota Vios dan Nissan Navara itu, polis menemukan dadah disyaki syabu dan ganja dianggar seberat 13 kilogram bernilai RM421,286.

"Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini aktif sejak tiga bulan lepas dengan didalangi warga tempatan dan mendapatkan bekalan dadah dari Lembah Klang untuk diedarkan di Pahang serta dibawa ke negara jiran," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Yahaya berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terlibat dalam jenayah itu.

Beliau berkata dadah dirampas mampu dibekalkan kepada 26,331 penagih.

"Ujian air kencing mendapati wanita itu positif terhadap dadah manakala suaminya dan seorang lagi suspek tempatan mempunyai rekod jenayah lampau," katanya sambil menambah keempat-empat individu itu direman hingga 26 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Jeddah viewed 'Suami isteri maut kereta bertembung lori | BEST FB' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Terengganu umum Ahad hari kelepasan am' 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 20 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 23 mins ago
A visitor from New york viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 23 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Farid Kamil Dan Diana Danielle Bercerai Kali Kedua' 26 mins ago
A visitor from Tokyo viewed 'Kes penipuan cip AI Nvidia dalam siasatan, MITI te' 28 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Astro caps off FY25 with content triumphs, quarter' 30 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 31 mins ago