Translate

24 June 2024

Lelaki 'wanted' ditahan selepas buat laporan kes jenayah



Lelaki 'wanted' ditahan selepas buat laporan kes jenayah

Bernama



Lelaki terbabit akan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut.
24/06/2024 19:20 MYT

Lelaki 'wanted' ditahan selepas buat laporan kes jenayah

Lelaki terbabit akan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut.

KOTA BHARU: Seorang lelaki yang dikehendaki polis berkait kes penipuan 'love scam' ditahan selepas hadir ke Balai Polis Pengkalan Chepa di sini untuk membuat laporan berhubung kes jenayah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan selepas polis melakukan semakan nombor kad pengenalannya yang didapati memiliki tiga rekod lampau.

Beliau berkata kesalahan itu melibatkan kes penipuan dan mencuri kenderaan yang dilaporkan di Kuantan, Pahang.




"Suspek ialah orang yang amat dikehendaki berkait kes love scam di laman Facebook pada 2018 yang melibatkan kerugian berjumlah RM16,650," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lelaki terbabit akan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'CelcomDigi, MoF Inc, YTL, Maxis & DNB meterai perj' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump reveals 'most exciting part' of the China de' 15 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 24 mins ago
A visitor from Bukit mertajam viewed 'Pemandu bermasalah, abai penyeleng' 27 mins ago
A visitor from Craigavon viewed 'Tengku Zafrul di Korea Selatan hadiri mesyuarat MR' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SALAH GUNA KUASA P.RAMASAMY DIDAKWA SALAH GUNA KED' 44 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Pemandu lori direman empat hari |' 51 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'PNB accepts Jalil Rasheed's resignation as preside' 52 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 53 mins ago