Translate

16 July 2023

Polis panggil pihak terlibat bantu siasatan kes gangguan seksual jurulatih dodgeball

 Polis panggil pihak terlibat bantu siasatan kes gangguan seksual jurulatih dodgeball

Bernama

Julai 16, 2023 Polis panggil pihak terlibat bantu siasatan kes gangguan seksual jurulatih dodgeball

Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata siasatan masih di peringkat awal dan semua mereka terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat. -Gambar fail/PDRM

Polis panggil pihak terlibat bantu siasatan kes gangguan seksual jurulatih dodgeball

Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata siasatan masih di peringkat awal dan semua mereka terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat. -Gambar fail/PDRM

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil semua pihak yang terlibat bagi membantu siasatan kes gangguan seksual membabitkan jurulatih dodgeball terhadap murid sebuah sekolah rendah, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata siasatan masih di peringkat awal dan semua mereka yang terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat.

Beliau berkata kertas siasatan berhubung perkara itu dibuka mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.



Sebelum ini, media melaporkan kes gangguan seksual membabitkan jurulatih dodgeball dengan mangsanya melibatkan beberapa murid sebuah sekolah rendah.

Semalam, Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) Datuk V. Radhakrishnan dilapor berkata pihaknya menerima aduan daripada Biro Kokurikulum Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan akan bertemu Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bagi membincangkan pelaksanaan kod sukan selamat dengan lebih terperinci.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Hannah yang memaklumkan laporan polis sudah dibuat dan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) juga sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Chinese President Xi Jinping has arrived in Malays' 52 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'FINAS advises film industry to penetrate Asian mar' 6 mins ago
A visitor from Skikda viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 30 mins ago
A visitor from Visakhapatnam viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES CULIK | Mangsa Remaja Perempuan Diikat, Disumb' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 47 mins ago