Translate

26 June 2023

MyHSR Corp lantik Fauzi Abdul Rahman sebagai pengerusi



MyHSR Corp lantik Fauzi Abdul Rahman sebagai pengerusi

Bernama

Jun 26, 2023 18:10 MYT




MyHSR Corp Sdn Bhd (MyHSR Corp) melantik Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa 22 Jun 2023. - Foto MyHSR Corp




MyHSR Corp lantik Fauzi Abdul Rahman sebagai pengerusi

MyHSR Corp Sdn Bhd (MyHSR Corp) melantik Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa 22 Jun 2023. - Foto MyHSR Corp

KUALA LUMPUR: MyHSR Corp Sdn Bhd (MyHSR Corp) melantik Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa 22 Jun 2023.

Menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini, Fauzi telah berada dalam Lembaga Pengarah Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) antara 2018 dan 2021 serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam pembangunan dan cabaran dalam industri.

Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata kepakaran dan pengetahuan Fauzi akan memacu MyHSR Corp untuk merealisasikan projek kereta api laju (HSR).



"Dalam kami memulakan lembaran baharu projek ini, sejarah panjang beliau dalam kepimpinan yang bijak dan komitmen yang berterusan akan mengukuhkan keazaman kami untuk menjayakan projek itu bagi manfaat negara dan rakyat," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Fauzi telah memegang pelbagai jawatan kanan di pelbagai kementerian dan pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri antara 1997 dan 1999. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Kuantan antara 1990 dan 1999 serta Ahli Parlimen Indera Mahkota antara 2013 dan 2018.

Selain itu, Fauzi adalah Pengerusi Lembaga Pengarah dua syarikat swasta.

MyHSR Corp adalah sebuah syarikat yang diperbadankan pada 2015 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Ia di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan.

Syarikat bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan projek HSR.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas guru rugi RM82,000 tawaran buka kedai TikTok' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Ashburn viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 1 hr 23 mins ago
A visitor from San jose viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AMK umum sokong Nurul Izzah se' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhad' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 4 hrs 36 mins ago