Translate

27 April 2023

Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK

Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK

Bernama

April 26, 2023Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK

AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit. - Gambar hiasan

Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK

AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berkata maklumat peribadi seperti nama serta nombor kad pengenalan MyKad kira-kira 20 pelanggannya telah didedahkan oleh penjenayah siber di laman web atau sesawang gelap.

Dalam kenyataannya hari ini, AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.

"Kami bersedia dan menjangkakan perkara itu. Siasatan dengan pihak ketiga iaitu pakar keselamatan siber juga masih diteruskan.



"Adalah penting untuk menyatakan bahawa kesemua maklumat yang dicuri oleh penjenayah siber itu diperoleh menerusi aktiviti haram dan sehubungan itu semua (perbuatan) mengambil, menggunakan dan penyebarannya adalah satu kesalahan jenayah," katanya.

AKPK juga menegaskan bahawa ia sedang bekerjasama erat dengan pihak berkuasa undang-undang dan pihak berwajib lain, termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital serta CyberSecurity Malaysia dalam siasatan menyeluruh yang sedang dijalankan.

"Kita juga sedang berusaha untuk mengenal pasti maklumat yang telah diakses secara haram dan akan memaklumkan pelanggan yang terjejas," katanya.

Pada masa sama, AKPK akan terus mengurangkan impak pencerobohan dan meneruskan jangkauan secara terus dan berkomunikasi dengan semua pelanggan.

"Kakitangan AKPK akan membantu pelanggan dengan memberi nasihat untuk menangani perkara berkaitan dengan pencerobohan itu. Kita juga secara berperingkat dalam proses menghidupkan semula sistem dan memaklumkan sebarang kemas kini rasmi sewajarnya," katanya.

Pada 30 Mac lepas, AKPK telah bertindak menyahaktifkan beberapa sistem operasinya buat sementara waktu bagi mengelak sebarang risiko seterusnya selepas sistem teknologi maklumatnya diceroboh.

Pelanggan AKPK boleh menghubungi pusat panggilan khusus di nombor 03-26167766 atau https://www.akpk.org.my/branches untuk maklumat mengenai cawangan AKPK yang terdekat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'AMK umum sokong Nurul Izzah se' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhad' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Actor Zul Ariffin has claimed that a viral s*x vid' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 7 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 9 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 10 hrs 37 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 10 hrs 50 mins ago