Translate

27 September 2021

Kerajaan akan menyalurkan bantuan kewangan RM3,000 kepada syarikat pengendalian pelancongan berlesen di bawah MOTAC

 


Bantuan RM3,000 bagi agensi pelancongan berlesen di bawah MOTAC


BERNAMA

27/09/2021 01:19 PM


PUTRAJAYA, 27 Sept -- Kerajaan akan menyalurkan bantuan kewangan RM3,000 kepada syarikat pengendalian pelancongan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).


Ia merupakan kali kedua bantuan sama diberikan kepada agensi pelancongan berdaftar, yang mana sebelum ini adalah menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).


MOTAC dalam satu kenyataan hari ini menyatakan syarikat pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan yang telah menerima bantuan kewangan RM3,000 di bawah inisiatif PEMERKASA, adalah layak secara automatik bagi bantuan PEMULIH dan tidak perlu membuat permohonan.


“MOTAC menyeru syarikat pengendali pelancongan berlesen di bawah kementerian yang tidak pernah menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif PEMERKASA, untuk mengambil peluang ini mengemukakan permohonan kepada pihak kami,” kata MOTAC.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Okt dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.


Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan PEMULIH, layari laman sesawang rasmi MOTAC di http://motac.gov.my/pemulihmotac2021 atau hubungi pejabat MOTAC negeri berdekatan.


-- BERNAMA


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 28 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 1 hr 11 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 3 hrs 42 mins ago