Translate

30 September 2021

Solat Jemaah Di Masjid, Surau WP Dibenarkan Kapasiti Penuh Esok

Kehadiran jemaah bagi solat Jumaat

Solat jemaah di masjid, surau WP dibenarkan kapasiti penuh esok

BERNAMA
30/9/2021

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Kehadiran jemaah bagi solat Jumaat, fardu dan lain-lain di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter (m) berkuat kuasa esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata ketetapan baharu itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selaras dengan Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata semua masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pengimarahan antaranya seperti kuliah maghrib, tazkirah sebelum solat Jumaat, tadarus al-Quran, bacaan Yasin dan doa tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan.

"Semoga umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera berakhir,” katanya dalam kenyataan hari ini.





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 10 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 14 mins ago
A visitor from Lecco viewed 'Motorcycling-Moto3 Rider Dupasquier Dies After Cra' 20 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 27 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 42 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 42 mins ago
A visitor from New york viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 46 mins ago
A visitor from New york viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 48 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 1 min ago
A visitor from Alabama viewed '1MDB CEO in 2009 Shahrol Azral, went ahead with Is' 1 hr 7 mins ago