Translate

29 September 2021

Tiga Anggota Polis Didakwa Terima Rasuah RM10,000 Berhubung Kes Dadah

Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,000

Tiga anggota polis didakwa terima rasuah RM10,000 berhubung kes dadah


BERNAMA
29/9/2021

SEREMBAN: Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,000 bagi menukar seksyen kesalahan seorang individu berhubung kes dadah, empat tahun lepas.

Vincent Yap, 54, yang berpangkat sarjan serta Zulkifli Halim, 40, dan Mohd Khairum Yahya, 32, masing-masing berpangkat koperal, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh yang ketika itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, didakwa dengan niat bersama menerima wang tunai sebanyak RM10,000 daripada seorang lelaki.

Wang itu didakwa sebagai dorongan menukar seksyen kesalahan yang dilakukan individu terbabit kepada seksyen yang memperuntukkan hukuman yang lebih rendah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah pondok polis di Jempol pada 17 Okt 2017.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri ke pejabat SPRM negeri pada setiap bulan dan 28 Okt ini ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 1 hr 24 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 4 hrs 38 mins ago