Translate

29 September 2021

Tiga Anggota Polis Didakwa Terima Rasuah RM10,000 Berhubung Kes Dadah

Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,000

Tiga anggota polis didakwa terima rasuah RM10,000 berhubung kes dadah


BERNAMA
29/9/2021

SEREMBAN: Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,000 bagi menukar seksyen kesalahan seorang individu berhubung kes dadah, empat tahun lepas.

Vincent Yap, 54, yang berpangkat sarjan serta Zulkifli Halim, 40, dan Mohd Khairum Yahya, 32, masing-masing berpangkat koperal, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh yang ketika itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, didakwa dengan niat bersama menerima wang tunai sebanyak RM10,000 daripada seorang lelaki.

Wang itu didakwa sebagai dorongan menukar seksyen kesalahan yang dilakukan individu terbabit kepada seksyen yang memperuntukkan hukuman yang lebih rendah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah pondok polis di Jempol pada 17 Okt 2017.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri ke pejabat SPRM negeri pada setiap bulan dan 28 Okt ini ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Trump's Gaza plan for 'Riviera of the Middle East'' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Upland viewed 'Negeri Sembilan raih pelaburan RM7.25 bilion tahun' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 3 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Netizen's Bewildered Its A Just a fine for stealin' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Brussels viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 6 hrs 49 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 7 hrs 49 mins ago