Translate

28 September 2021

MPay Kembali Rugi Pada Q2 Bernilai RM1.9 Juta

MPay kembali mencatatkan kerugian bersih mencecah RM1.9 juta pada suku kedua tahun kewangan 2021 (2QFY21) daripada keuntungan RM2.1 juta yang dicatatkan bagi suku tahun sebelumnya. -Dagang News

MPay kembali rugi pada Q2 bernilai RM1.9 juta

Astro Awani
28/9/2021

ManagePay Systems Berhad (MPay) kembali mencatatkan kerugian bersih mencecah RM1.9 juta pada suku kedua tahun kewangan 2021 (2QFY21) daripada keuntungan RM2.1 juta yang dicatatkan bagi suku tahun sebelumnya.

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia, ini terutamanya disebabkan oleh kos langsung dan pentadbiran serta perbelanjaan umum yang tinggi.

Bagi perbandingan tahunan pula, MPay melaporkan kerugian bersih RM4.3 juta lebih rendah daripada RM6.2 juta kerana kos langsung dan pentadbiran serta perbelanjaan umum yang lebih tinggi pada tempoh sama tahun lalu selain rosot nilai kira-kira RM3.3 juta.

“MPay dan anak syarikatnya (kumpulan) mencatatkan hasil RM3.1 juta pada suku tahun berakhir 30 Jun 2021 berbanding hasil RM3.4 juta pada suku tahun sama pada tahun lalu, mewakili penyusutan RM0.3 juta pada suku tahun semasa.

“Penyusutan hasil ini terutamanya disebabkan oleh penurunan dalam hasil perkhidmatan bukan pembayaran. Kedudukan tunai dan kecairan kumpulan kekal sihat dengan dana dan baki tunai jangka pendek berjumlah kira-kira RM29.399 juta.

“Jumlah pesanan buku dan kontrak yang diterima setakat 30 Jun 2021 adalah sebanyak RM0.35 juta,” jelas MPay.

Kumpulan tidak mengisytiharkan sebarang dividen atau mengagihkannya pada suku tahun semasa ataupun dalam tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini.

Semasa tempoh pandemik COVID-19 ini, kumpulan berkata, banyak ketidaktentuan yang dijangka menjejaskan perniagaannya, namun beberapa langkah telah diambil bagi memastikan kesinambungan perniagaan kumpulan.

“Kumpulan telah mengambil langkah untuk mengharungi cabaran persekitaran dengan menumpukan ke arah memperkukuh perniagaan utama kumpulan iaitu perkhidmatan pembayaran dan bukan pembayaran dengan matlamat perniagaan jangka panjang untuk menjadi pengendali bank digital yang berlesen di Malaysia.

“Kumpulan kekal positif terhadap pakej penyelesaian hebat fintech dan perdagangan kami yang menyediakan POS, e-perdagangan, pemasaran digital, penyelesaian pembayaran, pembiayaan POS (BNPL), e-invois, e-perdagangan hyper tempatan dan generasi peneraju eksport yang akan menyaksikan peningkatan peniaga dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke dalam ekosistem MPay dan mencatatkan prestasi baik bagi tahun 2021,” tambah MPay.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 4 hrs 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu l' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pertembungan Nurul Izzah, Rafizi persaingan sihat ' 4 hrs 48 mins ago