Translate

31 May 2021

Vaksin COVID-19: Kerajaan Setuju Laksana Program Trak Bergerak

Trak Vaksin Bergerak bagi pemberian vaksin COVID-19 di kawasan-kawasan penularan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Vaksin COVID-19: Kerajaan setuju laksana program trak bergerak

Astro Awani

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melaksanakan program Trak Vaksin Bergerak bagi pemberian vaksin COVID-19 di kawasan-kawasan penularan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berhubung perkara itu.

"Kita akan mulakan 'pilot project’ (projek perintis) di projek perumahan rakyat (PPR) dan kawasan pembinaan yang masih beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Mengulas lanjut, Khairy berkata sebanyak 30 trak bergerak dijangka digunakan sepanjang tempoh awal tersebut, dengan pihaknya menyasarkan 100 dos pemberian vaksin sehari.

Katanya lagi, kerajaan akan memutuskan kemudian sama ada program Trak Vaksin Bergerak akan diperluaskan kepada skala yang lebih besar.

Berhubung pemberian vaksin, Khairy berkata setakat semalam (30 Mei), sebanyak 2,913,009 dos telah diberikan.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 27 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 3 hrs 57 mins ago