Translate

31 May 2021

Tiga Jururawat Dikompaun RM4,000 Langgar SOP PKP

Tiga jururawat wanita yang bertugas di sebuah hospital swasta di Sungai Petani masing-masing dikompaun RM4,000

Tiga jururawat dikompaun RM4,000 langgar SOP PKP

BERNAMA

ALOR SETAR: Tiga jururawat wanita yang bertugas di sebuah hospital swasta di Sungai Petani masing-masing dikompaun RM4,000 malam tadi kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata pihak polis mengesan mereka yang berumur antara 34 dan 45 tahun itu menyampaikan sumbangan kepada rakan mereka yang sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

"Hasil soal siasat berpandukan gambar yang tular dalam Facebook ini, didapati ketiga-tiga mereka ini tidak mematuhi SOP PKP dan telah dikeluarkan tindakan kompaun.

"Polis mengesan penama Facebook tersebut pada 9.10 malam dan penama ini mengaku telah pergi bersama dua orang lagi rakannya ke rumah rakan yang memakai 'gelang pink' ini di Kampung Pulau Tengah, Sungai Petani, dan ketiga-tiga jururawat ini hadir di balai polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata kompaun dikeluarkan terhadap jururawat itu mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021 (Aktiviti Terlarang Nombor 1).

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam apa jua aktiviti sekali pun termasuk untuk tujuan kebaikan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 27 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 3 hrs 49 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 3 hrs 56 mins ago