Translate

28 May 2021

KDN arah PDRM, pihak berkuasa siasat isu kematian dalam tahanan

KDN mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa terlibat agar memulakan siasatan menyeluruh mengikut prosedur serta tatacara yang ditetapkan oleh perundangan negara berhubung kes kematian dalam tahanan.
KDN arah PDRM, pihak berkuasa siasat isu kematian dalam tahanan

BERNAMA

PUTRAJAYA, 28 Mei -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa terlibat agar memulakan siasatan menyeluruh mengikut prosedur serta tatacara yang ditetapkan oleh perundangan negara berhubung kes kematian dalam tahanan.

Menurut kenyataan KDN hari ini, kementerian itu melalui PDRM juga bersedia menambah baik prosedur operasi standard (SOP) mengenai penahanan suspek dalam lokap dari semasa ke semasa bagi memastikan kes kematian dalam tahanan tidak berulang.

Kenyataan itu susulan memorandum berhubung kes kematian dalam tahanan yang diserahkan wakil Pakatan Harapan kepada pihak KDN semalam. Menurut laporan media, memorandum berkenaan antara lain mahukan sebuah petugas khas bebas ditubuhkan bagi menyiasat kematian dua tahanan iaitu A Ganapathy dan S Sivabalan baru-baru ini.

Menurut pihak berkuasa, punca kematian mereka adalah disebabkan isu kesihatan yang turut disahkan oleh pihak hospital.

KDN berkata segala siasatan berhubung kes kematian dalam tahanan akan dibuat secara adil dan telus berdasarkan lunas perundangan sedia ada.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati cuai semasa tugasan atau melakukan kesalahan yang mengakibatkan kes seumpama berlaku," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 49 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 2 hrs 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 4 hrs 19 mins ago