Translate

01 April 2021

Tiada Keputusan Dalam PAU Arahkan Menteri Letak Jawatan - Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

 



Tiada keputusan dalam PAU arahkan menteri letak jawatan - Ismail Sabri

Astro Awani
1/4/2021

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tiada arahan khusus untuk menteri dari UMNO untuk meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, apa yang disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini hanyalah menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum itu.

“Sebenarnya tiada keputusan dalam PAU yang mengarahkan menteri-menteri, menteri besar, timbalan menteri untuk tarik diri, tidak ada.

“Ini kerana dalam PAU, usul diluluskan adalah usul yang menyokong keputusan MKT iaitu kita kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.

Politik | Tiada arahan khusus letak jawatan

“Itulah usul yang diterima dalam PAU,” katanya ketika ditemui media selepas hadir menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang Kementerian Pertahanan Tahun 2021 di sini pada Khamis.

Dalam majlis tersebut, seramai 293 kakitangan perkhidmatan awam menerima APC dan 45 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dianugerahkan PPT dalam majlis berkenaan.


Letak Jawatan | Aneh bila Perdana Menteri pujuk menteri

Astro AWANI sebelum ini melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya sempena PAU2020 berkata, MKT telah menerima mandat untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi kesemua pemegang jawatan utama dalam kerajaan daripada UMNO untuk melepaskan kedudukan mereka.

Jelasnya, mandat itu akan digunakan bagi memastikan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, membubarkan Parlimen mengikut tarikh yang sesuai.

Begitupun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan semua menteri daripada parti UMNO bersepakat untuk terus kekal dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, keputusan itu dicapai selepas pertemuan beliau dengan para menteri itu pada Isnin.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-politik/tiada-keputusan-dalam-pau-arahkan-menteri-letak-jawatan-ismail-sabri-291163

Menteri, timbalan menteri Umno kekal Parlimen bubar

Harian Metro
1/4/2021

Menteri dan timbalan menteri daripada Umno akan terus kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebenarnya tidak ada keputusan dalam Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020) yang mengarahkan menteri, menteri besar, timbalan menteri, exco dan ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menarik diri.

Soiurce: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED