Translate

13 April 2021

Terlupa Kadar Zakat Fitrah? Ini Maklumat Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negara

Maklumat bayaran zakat fitrah seluruh negara

Terlupa kadar zakat fitrah? Ini maklumat bayaran zakat fitrah seluruh negara

Astro Awani
12/4/2021

BILA tiba bulan Ramadan, lazimnya - solat sunat Tarawih, zakat fitrah, bazar Ramadan, bufet buka puasa - antara yang sinonim dengan bulan penuh keberkatan ini.

Artikel kali ini menjurus kepada zakat fitrah memandangkan ia adalah amalan wajib yang perlu dilakukan namun kadangkala ada yang terlupa menunaikannya.

Daripada Ibnu Umar, bahawa Nabi S.A.W memfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadan ke atas setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji. (Riwayat Bukhari dan Muslim) - Sumber: PPZ MAIWP

Zakat fitrah mestilah ditunaikan sebelum solat sunat Aidilfitri.

Jika ditunaikan selepasnya maka ia tidak lagi dikira zakat fitrah namun hanya dinilai seperti sedekah biasa.

Bagi memudahkan anda menyediakan wang untuk menunaikan zakat, Astro AWANI menyenaraikan kadar zakat fitrah di seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarainya:

Perlis - RM7

Kedah - RM7, RM14, RM 21

Pulau Pinang - RM7, RM 12, RM16

Perak - RM7, RM14, RM21

Selangor - RM7, RM14, RM21

Negeri Sembilan - RM7

Melaka - RM7, RM14

Johor - RM7, RM10

Pahang - RM7

Terengganu - RM7

Kelantan - RM7, RM14, RM 21

Sarawak - RM7

Sabah - RM7

Wilayah Persekutuan - RM5, RM7, RM14

Diharapkan dengan maklumat ini, anda boleh merancang sebaiknya waktu untuk menunaikan zakat pada tahun ini.

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED